tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

lama sekali kanvas tak bernyawa MENITI MENCARI SINAR CINTA menyepi tanpa sebarang artikel baru...
bukan tak ingin meneruskan penulisan namun kerana kesempitan waktu yang di alami membuatkan ana begitu sulit sekali mencari ruang untuk meneruskan penulisan demi penulisan...


termenung dan terus termenung...
ujian dari Ilahi kembali bertandang dan kali ini diuji sekali lagi didalam dunia persahabatan...
berat rasanya... pedih rasanya... deritanya jiwa hanya Allah yang mengetahui sejauh mana parahnya luka yang tercipta....

mengikut psikologi perempuan,apabila dia sedang berhadapan dengan apa2 kesedihan kerna dugaan yang menimpa,dia sangat memerlukan teman bicara yang sangat memahami... yang boleh meminjamkan bahu untuk dijadikan 'bantal' ketika didalam esakan, yang boleh menepuk nepuk mesra kekura tangan halus dan jua yang boleh memberi kata2 semangat kepada dirinya...
secara jujurnya, ana juga tidak terkecuali dalam menghadapi situasi itu.. tatkala diuji,ana sangat memerlukan seorang teman yang boleh menenangkan ana ketika esakan tangis yang tanpa henti..
namun, ana tidak mempunyai apa2 kesempatan untuk itu kerna ntah pada siapa yang boleh mendengar rintihan hati ini melainkan Allah S.W.T. yang setia di sisi...

ingin meluahkan tapi tak tahu bagaimana harus dimulakan.. justeru itu,ana lebih memilih untuk berdiam diri dan memendamkan saja apa yang ana rasa... cukuplah seandainya Allah yang menjadi tempat untuk ana meluahkan segala kesedihan yang bertamu di hati...
mengadu padaNya bagaikan sedang mengadu kepada teman yang sangat rapat...
di saat airmata tanpa henti menitis di pipi, hanya surahti maryam yang bermain dan meniti di bibir..

ana teringat pesan seorang ustazah ...

"baca dan hayatilah surah maryam tatkala dirimu derita kerna cinta Ilahi.. di situ yakinlah dengan Ilahi moga ketabahan maryam memeluk seluruh jiwamu dan pastinya ketenangan yang akan menyelubungi hatimu kelak.."

justeru itu,kata2 inilah yang ana genggam sehingga sekarang.. tatkala diuji, surah maryam yang terukir cantik di minda,di baca  se ayat demi seayat.. menghayati jua merayu agar ketabahan ummul mukminin turut bersama rentak ana...

setiap kali hati di singgahi perasaan sebak,bibir akan cuba mengukap bicara ILAHI melalui surahti maryam agar sebak yang bertamu beransur pergi dan ketenangan dan ketabahan pula yang menyinggah...

bila ditegur teman2 disekililing, Alhamdulillah.. kesedihan yang bertamu langsung tak mampu dikesan oleh mereka... maha hebat kuasa ILAHI.. even rasanya perit,namun Dia tetapkan keceriaan pada wajah layu ana....


di saat dalam kesulitan begini, ana teringat semua bicara sahabiah ana dan jua bicara arwah sahabiah ana..

"seandai kamu tak mampu untuk meluahkan kepda kami,luahkan kepda Ilahi.. seandainya ia masih terbuku,luahkan kepda bintang,awam,kucing atau sebagainya.. even sekeping kertas yang akhirnya akan menjadi bahan bara jua kanvas blog yang tidak bernyawa.. jadikan ia sebagai perkongsian.."

benarkah tindakan seandainya semua luahan di curahkan ke kanvas yang tidak bernyawa ini..???
mungkin ya namun haruslah ada tapisannya...
blog MENITI MENCARI SINAR CINTA cuma segelintir sahaja yang mengetahui siapa empunya blog ini...
seandainya di kongsi,mungkin pembaca yang meninggalkan jejak mahupun yang membaca penulisan ini secara senyap2 pastinya xkan mengetahui apa dan siapa...


seandainya persahabatan yang dijalinkan ikhlas,
takkan terlihat olehnya suatu keburukan sahabatnya...


hati kecil ana yang selama ini sangat 'kebal' daripada terusik dan terluka, akhirnya dengan mudahnya menjadi luka yang sangat parah pada kali ini...
tatkala mengetahui,dan mengesan apa medium sebenarnya yang ingin disampaikan melalui mesej yang ana dapat, akhirnya ana tahu jua apa yang terselindung di sebaliknya...


ya Allah.. hanya Allah yang mengetahui betapa parahnya ia terluka...
seandainya diri ini diragui, masih boleh di maafi namun seandainya kewujudan arwah sahabiah yang sangat rapat dengan ana sebelum ini di jadikan persoalan,inilah luka yang paling parah pernah ana rasainya..


arwah sudah tiada namun kewujudannya di persoalkan..
apakah maksudnya semua ini... tiada manusia yang tidak terluka tatkala teman yang sangat akrab dengannya yang telahpun pulang mengadap ILAHI dipersoalkan kewujudannya...


sungguh kini  ana yakini...
perginya arwah takkan pernah ada galang gantinya...T.T

 ana pernah merasai betapa sakitnya apabila diri dikhianati sahabat sendiri,
pernah jua ana rasai bagaimana deritanya hati dengan pemergian sahabiah yang bagaikan kembar sendiri....


selama tempoh 18 tahun bermukim di atas bumi pinjaman sementara ini, telah ana lalui pelbagai macam perkara yang mengajar ana erti kehidupan...
tatkala ia membuatkan ana takut untuk menghulurkan salam persahabatan kepada mana2 akhawat.. namun fisabilillah,even i'm felt so afraid about it, i'm trying did dat as well as i can...


ana teringat bicara ustaz hasrizal didalam blog saifulislam.com


"permudahkanlah dirimu untuk bersahabat kerna tanpa kamu menghulurkannya, pasti orang lain akan terlebih dahulu menghulurkan salam persahabatan itu.."


mendalam sekali maksudnya..
memahami maksud bicara itulah ana sentiasa cuma mempersiapkan diri untuk mudah bersahabat dengan sesiapa sahaja tanpa mengira orang itu macam mana..


namun, ana sangat takut... takut sekali untuk mempunyai sahabat yang sangat rapat dengan diri ini...
seandainya sekadar teman bicara, teman belajar n sebagai,insyaAllah ana masih boleh mempermudahkan diri ana,namun seandainya untuk mempunyai sahabiah  yang sangat2 rapat seperti arwah sahabiah ana dulu,ana sangat takut sekali.. kerna ana akan berhadapan dengan situasi akan dikhianati sebagaimana pernah ana lalui sebelum ini, jua akan ditinggalkan tanpa sebab sebagaimana pernah ana laluinya sebelum ini...
hati mana yang takkan terluka..


mungkin betul apa yang pernah dikatakan oleh kakak ana..


"hati yang sangat sukar untuk terluka, sekali terluka sukar untuk disembuhkan dan jua sukar untuk dipujuk kembali.."


ana mengakui itu kerna situasinya ana alami sendiri.. sukar sekali untuk dipujuk dan hany ayat Ilahi yang mampu memujuk hati ini....
bila terjadinya situasi begini, rasa sangat rendah diri... secara tak langsung ana bagaikan tak nak mempunyai sahabat karib... cukupla sahabat2 biasa...
setiap persahabatan yang terjalin
kerana Allah pasti akan menemui simpang UJIAN...


UJIAN yang menguji sejauh mana
keikhlasan di hati...


seungkap nama sahabiah yang telah
pergi mengadap Ilahi telah menjadi persoalan
di benak teman..


sejujurnya..
tanpanya,
aku takkan mengenali dirimu,
tanpanya,
aku takkan menjadi teman rapatmu,
tanpanya jua
aku takkan mengetahui isi hatimu...


seandainya kewujudannya menjadi kemusykilan bagimu,
tiada ungkapan yang mampu terluah dari bibirku...


persahabatan yang terjalin di dunia nyata
dan jua dunia maya,
jarak perbezaan jauh sekali...


persahabatan didunia realiti itu jauh lebih indah dari 
persahabatan di alam maya...


pemergiannya takkan pernah
mampu diganti sahabiah yang lain,
bagaikan kembar seiring berjalan meredah badai..


seiring berpimpinan,
mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin walaupun
jasadnya sudah pun reput di mamah bumi,
namin bayangannya tetapkan ada di sisi tanpa henti...


bukanku tidak mempunyai keyakinan dan kepercayaan kepadamu..
namun...
sudah sering sekali diri ini teruji dengan situasi begini..
dengan itulah ia mengajarku erti 'sesuatu'..


berukhuwah kerana Allah,
itulah yang sering di laksanakan,
tapi untuk rapat bagaikan merpati yang terbang tinggi,
bagaikan igauan ngeri di dalam diri...


aku pernah merasai bagaimana pedihnya diri 
dikhianati sahabat  baik sendiri,
pernah jua ku rasai bagaimana deritanya hati apabila
sahabat yang tiada galang ganti pergi mengadap ILAHI..


kalian tak pernah bersamanya..
seandainya kewujudannya dipertikaikan,
itulah luka yang paling dalam yang pernah tercipta di lubuk
hatiku yang paling halus..
dan itu adalah satu2nya luka yang mampu membuatkan hatiku parah 
dalam sekelip mata sahaja...


tiada paksaan dalam persahabatan..
yang hampir tetap jua akan pergi meninggalkan diri sendiri...


walaupun hatiku sukar untuk terluka,
namun..
sekali ia terluka pastinya terlalu lama untuk dipulihkan kembali...


cukupla seandainya surahti maryam meniti di bibir,
membalut hati dengan ketenangan,
memeluk jiwa dengan ketabahan...


bicara hati : hazirah humaira'

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...