tinggalkan jejak anda di sini

How Old I am ^_^

Daisypath Happy Birthday tickers

The Age Of MY Opened Dairy

Daisypath Happy Birthday tickers
sekadar perkongsian dan minta direnungkan...




kisah ni mengenai seorang muslimah..
selepas memperolehi keputusan UPSR, beliau berbincang panjang dengan walidan dye untuk belajar di mana...
asrama penuh,agama atau smk biasa...
masuk ajew era baru muslimah nie memulakan sesi pembelajaran baru di sekolah menengah dengan bermula dengan smk biasa berhampiran dengan umah dye...
x dye duga, beberapa minggu bersekolah di situ,dye dapat tawaran untuk kew skola agama bertaraf asrama penuh di sebuah negeri.. sekolah agama tu dibawah kerajaan negeri...
tetapi sekolah tuh terkenal dengan kecemerlangan akademik... ok2..stop tentang sekolah tu.. bukan tu yang nak dikongsikan disini...

story begnning..:

bermula dari tingkatan 1,dye diterima untuk masuk kew skola agama perempuan(skola apa dirahsiakan)
kata kawan2nya perwatakan dye lembut,bersuara agak perlahan,sering tersenyum dan xpernah marah atau melenting x tentu pasal dan sangat mudah untuk bersahabat dengan sesape sahaja(perempuan sahaja)(ringkas2 ajewla deh tentang perwatakan dye) ..
kerna perwatakannya yang begitu, boleyh dkatakan dye agak dikenali di skolanya.. suker berkawan,mudah untuk owg kenal..x gitu..???
masa dye di tingkatan satu,senior2 sering bertanya pada dye "boleyh x akak nak ambik adik jadi adik angkat akak.???" 
kata ustazah masa minggu orientasi adik dan kakak angkat nie satu budaya di skola tuh... dan ustazah nasihatkan kalau boleyh xyahla ber angkat2 nie.. takut nanti jadi lain pulak..
muslimah nie ingat pesan ustazah,dye menolak cara baik lantas cakap dekat senior2 yang dye menganggap semua senior2 adalah kakak dye.. xubah bagaikan kakak kandung..(jalan nak selamatkan diri)

umah muslimah nie jauh,jadi dye memilih untuk menetap di asrama sebagai rumah ke dua sepanjang dye bergelar pelajar...sejak kecil itulah diri dye..lebih memntingkan orang lain.. sampai umminya pernah kata " cakap ckit,kawan...nak bagi sesuatu pn kawan dulu...bawak makanan,kawan.."
huhu... sebijik perangai abah dye..^_^
setiap kali lepas waktu persekolahan dye akan menemani sahabat2 satu kelas dengannya menunggu bas bersama sama dengan 2 orang sahabat baik dye..setiap hari ada waktu persekolahan dye akan ulang aktiviti nie.. sebab disamping menemani,mereka mengulangkaji pelajran sementara menanti bas kawan2nya tiba..
tiba satu hari yang xterduga oleyhnya,dye mnerima sepucuk surat dari seseorang yang xdye kenali.. dye memutuskan untuk membaca surat tuh di situ jugak.. bersama sama dua orang sahabat dye.. melalui kandungan surat tu dye dapati surat tu dari rijal yang 3 tahun lebih tua dari dye... melalui kandungan surat tu jugak,rijal tu menyatakan hasrat di hati dye ingin muslimah nie menerima dirinya untuk dijadikan 'kekasih'..
rijal nie tertarik dengan perwatakan muslimah nie.. lepas baca,muslimah tu terus koyakkan surat tu n buang sebab seandainya ditangkap,ia merupakan satu kesalahan yang boleyh membuatkan pelajar yang ditangkap di sebat dihadapan semua pelajar...lagipn dye xberminat untuk bermain dengan perasaan dan sentiasa ingat pesan ummi dye " skola jauh2 jangan cuba2 bermain dengan cinta.."
surat tu datang silih berganti,muslimah tu tahu yang ia datangnya dari orang yang sama lantas surat yang diterima secepatnya di koyak dan dibuang tanpa membacanya terlebih dahulu kerana dia memang xberminat kerana isinya pasti sama...
mungkin tingkahnya telah diperhatikan sekian lama.. rijal tuh mungkin jugak tak berpuas hati apabila mendapati surat yang sering di kirimkan kepada si muslimah tak pernah dilayan dan mendapat maklum balas dari muslimah tu.. akhirnya,rijal tu menampilkan dirinya dihadapan muslimah tu...
dye datang dekat muslimah tu sorang2 sementara muslimah tu ditemani dua sahabat baiknya waktu tu kerana mereka baru je hantar sahabat2 mereka menaikki bas... rijal tu mungkin boleyh tergolongkan dalam golongan obses kowt sebab sebaik jew perkataan "xberminat" jew yang kuar daripada mulut si muslimah selepas dye menyatakan hasrat dye ingin si muslimah jadi 'girlfriend' dye,dye terus me-mujuk2 muslimah tu..tindakan dye boleyh dikatakan agak keterlaluan kerana sehingga sanggup cuba memegang tangan muslimah tu supaya muslimah tu menerima dirinya..
tapi muslimah tu bernasib baik kerana di saat rijal tu cuba memegang tangannya,dua orang sahabat baiknya ada bersama dan merekala yang menyelamatkan muslimah tuh daripada disentuh rijal tu...boleyh dikatakan rijal tu biadap juga...sahabat2 karib muslimah tu mengambil tindakan menepis tangan rijal tu(ke dua2 daripada mereka ada ilmu taekwando) dan 'menyembur' rijal tu dengan kata2 yang agak 'tajam' dan pedas pada rijal tu sebelum mereka berlalu untuk balik ke asrama..


lepas daripada kejadian 'sembur menyembur' tu, rijal tu dah tak ganggu muslimah tu dah... diingatkan rijal tu dah insaf lepas kene 'sembur' dengan sahabat2 muslimah tu, rupa2nya rijal tuh memerhati dirinya dalam diam dan menanti masa untuk bertindak.. satu hari nie sahabat2 baik muslimah nie terlibat dalam satu pertandingan dan mewakili sekolah.. tinggal muslimah nie sorang2 dan tetap menemani sahabat2 yang tinggal di luar tunggu bas.. lepas kawan2 dye naik bas, muslimah nie menyambung hasratnya untuk menelefon abinya dengan menggunakan public phone di tepi pondok menunggu bas tu..
lepas bercakap,dye berlalu untuk balik kew asrama tapi dye dengar ada satu suara me-manggil2 namanya.. bila dye menoleh, dye tengok rijal yang sama sedang berjalan menghampiri dye ber-sama2 beberapa org kawan dye.. muslimah nie mula rasa takut.. sebaik dye rasa langkah rijal n 'the geng' makin dekat,dye cuba lari untuk cepat masuk ke kawasan asrama..tapi mungkin ini ujian untuk dirinya, rijal tu menyuruh kawan2 dye kejar muslimah nie n kepung muslimah tuh sampai muslimah tuh xboleyh melarikan diri.. kerana menginginkan muslimah tuh menerima dirinya, rijal tu cuba cakap baik2 pada awalnya pada muslimah tu agar menerima dirinya,tapi muslimah tu xnak.. bila hasratnya di tolak,rijal tu mula menggertak dan mengugut muslimah untuk di apa2kan seandainya muslimah tu xnak menerima dirinya.. tapi hati muslimah tu keras, waima digertak dan di ugut,dye nekad xnak dan xnak.. apabila hasratnya tetap ditolak muslimah,rijal tuh cuba menampar muslimah tu sehingga muslimah tu terduduk dan ketakutan.. apa taknya, gertakkan dengan nada suara yang agak tinggi beserta ugutan,takut dirinya di apa2kan.. didalam hati muslimah tu sentiasa berdoa moga ada yang akan selamatkan dye..  
Alhamdulillah...
Allah mendengar doanya,pengetua yang di panggil ibu yang menyelamatkan dye.. selepas dari kejadian tu, dye macam kene traumatic depression.. dua minggu lamanya dye kene psyco dengan kaunseling sekolah.. selepas dua minggu di psyco, dye diberi cuti rehat free2 dua minggu untuk tenangkan fikiran dye dan kembalikan semangat dye... ibubapa dye xputus2 memberi kata2 semangat dekat muslimah tu dan ibubapanya ada mencadangkan untuk memindahkan muslimah nie kew sekolah berdekatan tapi muslimah nie xnak di pindahkan kerana  memikirkan yang sekolah baru tu ada lebih ramai rijal.. seorang ustazah yang dah dianggap seperti ibunya sendri x pernah jemu datang melawat dye dan bagi kata2 semangat dekat dye agar dye bangkit.. akhirnya, selepas memikirkan nasihat2 ustazah dan berpegang teguh dengan ayat2 suci al quran yang di hafaz,dye bangkit daripada 'kemurungan' tu.. dye baru mula untuk berdikari,tapi ini yang diterima sebb tu dye menjadi agak terkejut..
dye kembali tersenyum seperti kebiasaannya.. namun ketakutan dye xpernah hilang dan terus menguasai diri dye.. dye langsung xboleyh didekati mana2 rijal,seandainya didekati rijal tatkala dye keseorangan,dye akan ter-ketar2 dan menangis.. jika ada sahabat2nya di sisi dan ada rijal menghampiri, dye akan ter-ketar2....
dye xnak ingat peristiwa 'bersejarah' tu..dye fokus pada penghafalan quran dye..
namun,dye xboleyh lari daripada diminati... semakin diburu cinta ILAHI,semakin dirinya diburu cinta lelaki yang ntah apa2..
tapi hati dye kuat.. kuat menepis godaan demi godaan yang datang se-mata2 ingin bermain cinta dengannya dan menodai hatinya.. dengan hafalan al quran yang kian kuat di dadanya, pandangan matanya dan tingkahnya sentiasa dijaga.. surat sentiasa datang kepadanya setiap kali dye balik daripada terlibat apa2 program telah diketahui oleyh asatizah.. namun dye xdidenda kerana asatizah tahu macam mana keadaan dirinya..



tingkatan tiga dye berjaya menamatkan hafalan qurannya dan bergelar al-hafizah..dan pada taon tu jugakla taon dirinya diuji dengan ujian demi ujian yang membuatkan dye rasa dirinya semakin dekat ILAHI.. taon dimana hatinya hampir goyah daripada prinsip yang dipegang.. namun kerana dirinya kuat berpegang pada ayatul quranur karim di dada,dye dah decide walau apapun yang terjadi dye akan berpegang teguh pada prinsipnya.. akan berpegang teguh dengan janji2 Allah.. dye mintak pada Allah moga kekerasan hatinya hanya mampu dilembutkan dengan lafaz sakinah yang sah.. dan disaat lafaz sakinah tuh sahla dye minta pada ILAHI moga benteng keegoaannya runtuh demi memberi cintanya pada yang halal.. selain di uji dengan 'diburu' cinta yang xpasti, taon itu memang menguji dirinya.. disaat dye perlu berhadapan dengan peperiksaan yang penting,dirinya telah disahkan menghidap leukimia dan mengalami kerosakan buah pinggang selain asmanya kian kronik.. namun, dye xmenangis.. dye xmenangis dihadapan sahabat2 dye dan juga keluarga dye.. didalam penderitaan,dye sedaya upaya cuba mempamerkan senyuman pada keluarganya dan juga sahabat2..
ummi dan abinya sangat risau akan dirinya namun dye tetap berlagak tenang..luaranya nampak dye xkisah dengan apa yang terjadi dengan dirinya... dye bukan x memikirkan penderitaan dye,cuma semuanya dye mengadu padaNYA.. hanya Dia yang tahu apa yang ada didalam hatinya.. hanya DIA yang tahu betapa hatinya keliru... namun dye pasrah dan redha.. dye yakin ada hikmah dengan apa yang dye alami.. dye meneruskan kehidupan macam biasa seperti xde apa2 yang berlaku.. lagaknya macam xsakit apa.. bagi dye xperlu tunjuk pada orang yang diri sedang sakit sebaliknya teruskan berjuang untuk melawan sakit tuh... dalam diam,dye amalkan doa2 yang digunakan RASULULLAH S.A.W. sebagai ikhtiar terakhir moga ada keajaiban untuk dye sembuh.. kerana dye dah mula rasa xlarat untuk terus melakukan kimoterapi yang lebih banyak memberi bad effect pada dye... dalam sebulan dye perlu menjalani 2 kali kimo tu.. setiap masa seandainya dye xde kerje untuk lakukan dye pasti akan membaca doa syifa'.. dan pada taon tu jugak taon bermulanya dye untuk berpurdah... demi Allah,demi keredhaanNya,itula yang terbaik untuknya..



tingkatan 4 pula semakin bertambah kedukaan hati dye..
dirinya memang dah takut dengan rijal tapi xtahu macam mana boleyh terjadinya dirinya mula dituduh sebagai PERAMPAS..!
macam xlogik pulak... nak buat macam mana.. tapi muslimah nie x mengalah.. dye terus bersabar dan bersabar.. berulang ulang kali diri dituduh sebagai PERAMPAS,dye terus bersabar.. menangis dihadapan kawan2 x sama sekali namun bila bersendirian akhirnya airmatanya berguguran jugak bagaikan awan yang sedang menurunkan rintik hujan,hanya DIA dan dirinya jew yang mengetahui betapa banyaknya dye telah menangis.. menangis dengan memeluk al quran memang mendatangkan lebih ketenangan pada dirinya berserta mengadu padaNya...
naik tingkatan 4 tahap kesihatannya jugak masih berada pada tahap yang sama..
kawan2 ada yang mula menjauhkan diri dari dye di atas kesalahan demi kesalahan yang xpernah dye buat namun dua orang sahabat baiknya tetap utuh berdiri  dibelakang dye..
dye menerima dengan hati yang pasrah dan redha sepenuh hatinya.. fokusnya pada pelajaran dan juga hafalannya kerana target dye pada umo 17 taon untuk ambil syahadah tahfiz..
penghujung tahun dimana dye merupakan pelajar tingkatan 4,dirinya bagaikan menerima tamparan hebat apabila seorang daripada sahabat baiknya telah kembali kepadaNya kerana terlibat dengan kemalangan..
dye rasa terpukul dengan pemergian arwah kerana muslimah nie dengan arwah sangat akrab...
namun,dye harus menerima.. waima dye yang sakit namun sahabatnya yang sihat kembali kepadaNya terlebih dahulu darinya.. Allah masih memberi kesempatan kepada dye untuk mencari bekalan untuk ke alam sana...


tingkatan 5... tahun yang memberi sinar baru pada dirinya.. dye rasa dirinya makin sihat... apabila melakukan medical check up doktor mengesahkan penyakit dye dah pulih walaupun x sepenuh...
sebelum nie doktor mengesahkan yang dye mengalami kerosakan buah pinggang namun apabila membuat pemeriksaan ultra sound doktor mengesahkan buah pinggangnya x apa2.. normal..
penyakit leukimia yang dihidapi sebelum nie doktor kata berada pada tahap yang membimbang tetiba x berada pada tahap kanser tapi hanya pada tahap anemia...
menanjubkan bukan..???
keajaiban ILAHI xsiapa yang tahu... mungkin jugak sebab doa syifa' rasulullah s.a.w. yang dye amalkan.. apapun hanya Dia yang mengetahuinya...
pada taon tu jugak doanya telah dimakbulkan.. dye telah dipilih untuk ambil syahadah tahfiz pada usia yang muda..^_^
dye duduki peperiksaan dengan tenang.. berusaha, berdoa dan bertawakal.. itula yang dye amal...

selepas SPM sekali lagi dye dituduh sebagai PERAMPAS..namun kali nie bukan kekasih orang tapi suami orang pulak.. hal yang sebetulnya dye xtahu yang selama nie dye berkawan dengan suami orang kerana orang tu yang menyamar sebagai nisa' kerana ingin bersahabat dengannya..
kali nie airmatanya laju jew nak menuruni pipi.. luluh hatinya.. hancur lebur dan bagaikan di siat2 apabila dirinya dituduh sebagai PERAMPAS SUAMI ORANG,PENYEBAB KEPADA PERGOLAKAN DI DALAM RUMAH TANGGA ORANG...
dye betul2 xtahu apa2.. terkejut bukan main lagilah.. malah kejadian tu menambahkan lagi rasa takut dye dekat rijal.. dye mengambil keputusan untuk mengadu pada ustazah yang dianggap ibunya selepas dye mengadu padaNya untuk mendapatkan nasihat dan melepaskan apa yang ada di hatinya...
ustazah minta dye bersabar dan sentiasa ingat yang Allah sedang menguji dirinya.. disamping tu,ustazah jugak minta agar dye mula lakukan istikharah mudah2an dye tahu sape putera Allah yang akan melindungi dye daripada terus berada dalam ketakutan nie...dye angkur dan mula lakukan istikharah... 



dengan izin Allah. tiba satu saat,ditakdirkan seorang rijal hadir dan berjaya membuat dirinya dianggap kawan oleyh muslimah nie... sedikit sebanyak berkawan dengan rijal tu membuatkan muslimah nie mula terfikir yang x semua rijal dilahirkan untuk menodai hati nisa' atau menakutkan nisa' tapi masih ada yang sebaliknya...
dye tenang bersahabat dengan rijal tu...
tapi terkadang dye bimbang takut2 hatinya goyah.. dye sentiasa berdoa moga2 hatinya tetap utuh dan kekal kuat pada dasarnya... Alhamdulillah... waima bersahabat dengan rijal tu, hatinya masih utuh  di atas takhta yang sama... hatinya langsung x terusik.. dye bersyukur sangat2 kerana hatinya masih terus terpelihara..


suatu detik waktu yang xdiduga,setelah sekian lama dye beristikharah,akhirnya dye mendapat gambaran sape putera Allah yang akan menjadi sayap kanannya nanti...
pada awalnya,gambaran tu kabur dan wajah rijal tu xdapat dilihat dengan jelas,namun apabila mimpi yang sama ber-ulang2 dye mampu melihat wajah rijal tu dengan jelas.. dye terkejut kerana wajah putera Allah melalui gambaran mimpi tu sebijik dengan rupa rijal yang sedang berkawan dengan dye... apa pun dye menerima dengan tenang.. namun, waima dye dapat gambaran rijal tu adalah putera Allah yang akan menjadi sayap kanannya, dye xpernah berharap.. untuk melembutkan hatinya dan meruntuhkan benteng keegoannya agar mula belajar mencintai rijal tu jauh sekali...xkan pernah sesekali... baginya,biarla dye tetap utuh dengan prinsipnya.. hanya lafaz sakinah sahaja yang mampu melembutkan kekerasan hatinya dan meruntuhkan benteng keegoannya.. biarla cintanya kpada putera Allah itu lahir setelah lafaz sakinah sah terucap dari bibirnya.. baginy,cintanya harus dijaga dan harus terus dipelihara...  cinta yang terlalu tinggi nilainya xboleyh diserahkan kepada orang sesuka hati waima tunang sendiri..
seandainya benar gambaran yang dye dapat melalui mimpi adalah jawapan setelah istikharah,maka rijal itula putera Allah yang di nantikan...


konklusinya di sini,semakin kita mengejar cinta ILAHI,semakin kita dikejar cinta lelaki(bagi nisa' lau rjal cinta banat la yang buru)
semakin berkualiti nilai cinta di hati,semakin ia menjadi impian dan harapan sang putera.. namun sang putera yang di pilih ILAHI sahaja mampu memiliki sekeping hati tu...


kat sini nak di kongsikan:
1) kerana peristiwa yang menimpa diri muslimah masa di tingkatan satu,ia telah membuatkan si muslimah merasa takut dengan rijal dan secara tidak langsung hatinya mampu dipelihara daripada dinodai..
2) kerana peristiwa tu,dirinya semakin dekat dengan ILAHI..
3) kerana peristiwa tu jugak hatinya hanya ingin dipenuhi dengan cinta kepadaNya..
4) setiap apa yang berlaku ada hikmah dan kebaikan yang x kita tahu
5) keajaiban Allah memang x terduga(dapat dilihat apabila penyakit yag dihadapi tetiba kembali pada tahap yang biasa2)


dan ana nak seru pada kalian,letaklah Allah yang utama dalam kehidupan kalian...kerana dengan adanya Allah yang sepenuhnya dalam kehidupan kita,kita akan tenang... Allah akan mempermudahkan segala urusan kita seandainya kita terus bersabar dalam mengharungi dugaan hidup...


renung2kanlah..^_^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...